Masalah memang akan sentiasa ada dalam kehidupan..Tak ada masalah,hidup ini tidak mencabar dan tak adalah ujian..Masalah itu sebenarnya ujian..Cuba kita imbas kembali..Semua masalah yang datang,bukanlah datang dari kehendak kita..Oleh itu,untuk menghadapi masalah haruslah berfikiran terbuka..
Apa yang sepatutnya kita lakukan bila ada masalah??
Sebagai hamba yang menjalani kehidupan atas izin-Nya,kita mesti menghadapi masalah itu..Jangan sesekali lari daripada mendepani masalah..Kerana ini tidak akan merubah apa – apa..Melainkan,masalah tersebut bertambah atau menjadi lebih rumit..Mustahil orang lain akan menyelesaikannya untuk kita..
Kenapa perlu “Open Minded”??
Kenapa??Setiap masalah jika tidak ditangani dengan baik,tidak akan selesai malah akan menjadi lebih teruk keadaannya..Kebanyakkan masalah yang dating,bukanlah kehendak kita..Tetapi,disebabkan kita masalah itu datang..Saat ini,fikiran rasional amat diperlukan..Masalah perlu diselesaikan dengan baik..Dalam masa yang sama,kita juga mengambil pengajaran dari masalah tersebut dan pastikan ia tidak berulang lagi..Hatta,masalah kecil juga perlu diselesaikan dengan bijaksana..
Ingat Allah
Setiap yang berlaku,berlaku dengan izin Allah..Tanpa keizinan dari-Nya,pasti tidak akan berlaku..Yakinlah,bahawa kita hidup dengan kuasa-Nya..Tanpa izin-Nya,kita juga tidak dapat bernafas untuk hari ini..Oleh itu,setiap masalah yang datang,kita juga dianjurkan untuk meminta pertolongan dari Allah SWT..Dengan cara solat hajat atau berdoa pada-Nya..Tetapi,kesungguhan dan keyakinan bahawa Dia mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya..Bagaimana besar,atau sukarnya masalah itu,Insyaallah,Allah pasti menghulurkan pertolongan-Nya..Kerana,hanya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu..Wallahua’alam

0 comments:
Post a Comment