skip to main |
skip to sidebar
Banyak perkara yang manusia ketahui tetapi tidak tahu rahsia sebenar disebaliknya. Antara perkara- perkara yang manusia tahu tetapi tidak tahu rahsianya ialah:
- Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.
- Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam syurga. Sebaliknya jika dia mati besama penyakit batinnya, dia akan ke neraka.
- Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.
- Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
- Ramai orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
- Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar member ilmu dan teorinya.
- Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah, iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti professor pun dirosakkannya.
- Bangsa yang mempunyai sifat takwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakkannya terlalu banyak.
- Orang yang memiliki dunia, jiwanya selalu tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
- Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.
- Kehidupan manusia di dunia ini sebenanrnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan takwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu member ilmu, ulama- ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda- pemudi member tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih saying, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk saying atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.
- Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati jika dia mengenali dirinya dan bijak meletakkan diri pada tempatnya.
- Telah menjadi tabiat semulajadi manusia sukakan keamanan, kasih saying, simpati, dibantu, dihormati dan tidak diganggu. Namun, adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak.
SUMBER: PERDANA, AHAD, 17 NOV 2013
- Allah menghiasi udarra dengan tujuh lapis langit. Firman-Nya yang bermaksud:
“ Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.” (an’- Naba’: 12).
Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang- bintang di langit dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang yang memandangnya.
- Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.” (al- talaq: 12)
Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman- Nya yang bermaksud:
“Dan laut ditambahkann kepadanya tujuh laut sesudahnya.” (luqman: 27)
- Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu: jahanam, Sa’ir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladha dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap- tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (al- Hijr:44)
- Allah telah menghiasi al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab. Sebagaimana firman- Nya yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang- ulang dan al- Quran yang agung.” (al- Hijr: 87)
- Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman- Nya yang bermaksud:
“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah).” (al- ‘Alaq:19)
- Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut ‘radii’, kemudian ‘ farhim’, kemudian ‘ kuhul’, kemudian ‘ syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat ini dengan tujuh kalimat iaitu: Ucapan Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya.” (al- Fath: 26)
- Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu:
- Hindustan
- Hijaz
- Bashrah, Badiyah dan Kufah
- Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
- Roma dan Armenia
- Negeri Ya’juj dan Ma’juj
- China dan Turkistan
Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat.
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
SUMBER