Showing posts with label Dunia Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hari Ini. Show all posts

Tips Penjagaan Kesihatan



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 

1. Bersenam @ beriadah. 
2. Mengawal makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). 

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

SUMBER

Bekalan Dakwah :Daie, Katakan Tidak Pada bersendirian


يروي لنا التابعي الكوفي، الفقيه النبيل عامر الشعبي،
Seorang yg faqih dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa

أن رجالا خرجوا من الكوفة،
ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di
pinggir bandar, beribadah di sana.

ونزلوا قريب بن مسعود، فأتاهم،
Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin
Mas’ud r.a. Dia pun datang berjumpa mereka.

ففرحوا بمجيئه إليهم،
Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.

فقال لهم:ما حملكم على ما صنعتم؟
Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”

قالوا: أحببنا أن نخرج من غمار الناس نتعبد
Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kabut orang ramai untuk beribadat bersendirian.”

فقال عبد الله: لو أن الناس فعلوا مثل ما فعلتم فمن آان يقاتل العدو؟
Kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh?”

وما أنا ببارح حتى ترجعوا
“Aku tidak akan tinggalkan tempat ini
sehinggalah kamu pulang.”

روى ذلك شيخ المحدثين عبد الله بن المبارك رحمه
Diriwayatkan ini dari Syaikhul Muhaddisin Abdullah bin al-Mubarak.

7 CaRa BeRSaHabAt KeRaNa ALLAH


Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui, tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah. Pasti tak ramai bukan? Sejujurnya bukan senang mencari SAHABAT SEJATI...

ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah az-Zukhuf ayat 67, yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat2 karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan TaQwa (Iman & SoLeh)..."

Justeru, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhLas untuk berkawan dengan kita. Berikut ada beberapa tips sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥ ~ Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." [HR Abu Daud]

♥ ~ Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata, "Bagimu juga akan mendapat seumpamanya." [HR Muslim]

♥ ~ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." 
[HR Muslim]

♥ ~ Segera bersalaman ketika bertemu.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap dua orang Islam yang bejumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." 
[HR Abu Daud]

♥ ~ Sentiasa menziarahi sahabat kita.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥ ~ Memberi Hadiah

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."
[HR Thabrani]

♥ ~ Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
[HR Hakim]

SUMBER 

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia


Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Al-ulama' warasatul anbiya'
Ulama adalah pewaris nabi

SUMBER

Ketika senyum itu mekar


Selera makanku mendadak hilang. Hanya ada rasa sakit hati dan marah yang memenuhi kepala ini. Huh! Bagaimana tidak geram. Dalam keadaan lapar seperti ini, makanan yang disediakan tidak memuaskan lidah. Sup sayur rasanya manis seperti pengat pisang.

"Ummi... Ummi, bilalah kamu dapat memasak dengan betul? Selalu saja jika tidak masin, masan dan pedas!" Aku tidak dapat menahan emosi untuk tidak membebel.

"Sabar abi, Rasulullah sentiasa bersabar semasa menikmati masakan Aisyah dan Khadijah. Abi kata mahu ikut sifat rasul," kata isteriku dengan tenang.

"Ya, tetapi Abi ini cuma manusia biasa. Abi belum boleh sabar seperti rasul. Abi tidak tahan kalau terus menerus makan macam ini!" Jaawabku dengan nada tinggi.

Mendengar ucapanku yang bernada emosi, aku melihat isteriku menundukkan kepalanya. Aku yakin pasti air matanya akan mengalir.

Sudah seminggu aku berada di luar kota, dan sudah tentu ketika aku balik, otakku dan hatiku penuh dengan harapan untuk mencari baiti jannati di rumahku. Namun, apa yang terjadi? Ternyata realiti tidak sama seperti yang aku impikan.

Setelah sampai di rumah, kepalaku sangat pening. Bayangkan saja, rumah sewaku seperti kapal pecah. Pakaian bersih yang belum diseterika menggunung di sana sini. Piring-piring kotor penuh di dapur dan pakaian kotor berbaldi-baldi. Ditambah pula dengan bau busuk yang menyengat, kerana berhari-hari direndam dengan sabun tetapi tidak juga dicuci. Melihat keadaan seperti ini, aku cuma boleh beristighfar sambil mengurut dada.

"Ummi.... Ummi, bagaimana Abi tidak merungut kalau keadaannya selalu begini?" Ucapku sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Ummi, isteri solehah itu tidak hanya pandai mengisi pengajian, tetapi juga perlu pandai dalam mengurus rumah tangga, pandai memasak, menggosok baju, mencuci, menjahit baju dan mengemas rumah."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sudah terdengar esak tangis isteriku yang kelihatan begitu pilu. "Ah... Wanita mudah sekali untuk menangis." Kata hatiku. "Sudah ummi, ummi tidak boleh cepat tersinggung. Ummikan mahu jadi isteri solehah? Isteri solehah tidak mudah tersinggung," pujukku setelah melihat air matanya mengalir.

"Macam mana tidak menangis! Baru saja pulang, sudah membebel. Rumah ini berserak sebab ummi tidak larat melakukan apa-apa kerja. Jangankan untuk kerja, hendak berjalan pun ummi rasa susah. Ummi tidak ada tenaga, asyik muntah-muntah saja," kata isteriku diselangi dangan esak tangis. "Abi tidak rasa bagaimana orang hamil mabuk." kata isteriku lagi sementara air matanya tetap mengalir.

Hamil? Subhanallah, Alhamdulillah.

Abi, nanti hantar ummi pergi mengaji ya?" Pinta isteriku. "Maaf ummi, Abi sibuk sangat hari ini. Ummi pergi sendiri saja ya?" ucapku.

"Baiklah, kalau Abi sibuk, biar ummi naik bas awam je la. Mudah-mudahan ummi tidak pengsan di jalan." jawab isteriku.

"Ummi, kenapa cakap macam itu?"

"Kepala ummi tidak tahan apabila mencium bau petrol. Bau orang ramai yang bersesakan di dalam bas dan suasananya yang panas, ummi khuatir kalau ummi muntah. Mudah-mudahan, ummi boleh bertahan," kata isteriku lagi.

"ya, kalau macam itu, ummi naik teksi saja," kataku kepadanya.

Perjumpaan dengan rakan perniagaanku hari ini telah dibatalkan. Kesempatan waktu yang terluang ini aku gunakan untuk menjemput isteriku. Entah kenapa, hati ini tiba-tiba saja menjadi rindu padanya. Motorku sudah sampai di tempat mengaji isteriku. Di depan pintu, aku lihat masih banyak kasut yang tersusun, ini menandakan pengajiannya belum habis. Aku perhatikan kasut yang ada satu persatu. Semuanya kelihatan begitu cantik dan mahal. "Wanita memang suka yang cantik-cantik, sampaikan bentuk kasut pun lucu-lucu," aku berkata dalam hati.

Mataku tiba-tiba terhenti pada sepasang selipar yang diapit sepasang kasut cantik. Aku lihat ada awalan huruf M yang tertulis di selipar itu. Dug! Hati ini menjadi luruh, "Oh, bukankah ini selipar isteriku?" tanya hatiku. kemudian, aku ambil selipar buruk yang tertindih kasut cantik itu. Ujian! Air mataku jatuh tanpa diduga. Pedih sungguh rasanya hati ini, kenpaa baru sekarang aku sedar bahawa aku tidak pernah memerhatikan isteriku. Dia pergi kemana-mana dengan memakai selipar yang buruk, sementara rakan-rakannya memakai kasut yang cantik.

"Maafkan aku Maryam," pinta hatiku.

"krek..." suara pintu kedengaran terbuka. Aku terkejut, lalu menyelinap ke tepi tembok. Ada dua orang perempuan berjala sambil mendukung anak kecil yang bertudung cantik dan cerah, secerah warna baju dan tudung umminya. Beberapa minit selepas itu, aku kembali melintasi beberapa orang perempuan. Namun, aku belum bertemu Maryamku. Aku mengira sudah lapan orang keluar dari rumah itu, tetapi isteriku belum juga leuar. Penantianku berakhir ketika susuk tubih berbaju gelap dan bertudung hitam melintas. "Ini dia mujahidahku!" pekik hatiku. Dia berbeza dengan yang lain, kerana dia begitu bersahaja. kalau yang lain memakai baju berbunga cerah indah, dia hanya memakai baju berwarna gelap yang sudah lusuh warnanya. Tiba-tiba hatiku berasa berdosa kerana selama ini aku kurang memerhatikan isteriku.

Ya, baru aku sedar. Semenjak berkahwin aku belum pernah membelikan sehelai baju pun untuknya. Aku terlalu sibuk memperhatikan kekurangan isteriku, padahal di sebalik semua itu begitu banya kelebihanmu wahai Maryamku. Aku benar-benar menjadi malu pada Allah dan rasul-Nya. Selama ini aku terlalu sibuk mengurus orang lain, sedangkan isteriku tidak pernah aku pedulikan. Padahal rasul telah berkata, "Yang terbaik antara kamu adlah yang paling baik terhadap keluarganya."

Sedangkan aku? Ah, kenapa pula aku lupa bahawa Allah menyuruh paara suami agar melayani isterinya dengan baik. Aku lebih banya membebel dan menuntut isteri dengan sesuatu yang dia tidak dapat melakukannya. Aku berasa seolah-olah aku telah menjadi suami paling zalim!

"Maryam!" panggilku ketika dia sedang melintas. Tubuh itu berbalik ke arahku, pandangan matanya menunjukkan seperti tidak percaya atas kehadiranku di tempat ini. Namun, aku melihat bibirnya menguntumkan senyuman. Senyum bahagia.

"Abi!" bisiknya perlahan dan riang. Sungguh, baru kali ini aku melihat isteriku seriang ini.

"Ah, betapa manisnya wajah isteriku ketika sedang kegirangan. Kenapa tidak dari dulu aku melakukan seperti ini?" hatiku sesal.

Esoknya aku belikan sepasang kasut untuk isteriku. Ketika mengetahui hal itu, senyum bahagia kembali menguntu, dari bibirnya. "Alhamdulillah, jazakallahu..." katanya dengan sura mendalam dan penuh ketulusan.

Ah, Maryamku, lagi-lagi hatiku terhenyak melihat tingkahmu. Sekali lagi perasaan sesal menyelubungiku. Kenapa baru sekarang aku boleh bersyukur memperolehi isteri zuhud dan iffah sepertimu? kenapa baru sekarang aku tahu betapa nikmatnya menyaksikan matamu yang berbinar-binar kerana perhatian kecilku?

Valentine Haram!!


Ehsan FB
Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Jom Mengundi


Sahabat semua dah daftar mengundi belum? Kalau rasa diri layak mengundi, sila daftar ye? Penting tau mengundi ni. Kenapa? Apa tujuan kita mengundi? Mengundi untuk pilih pemimpin. Tapi, kalau undian sahabat tu tak menegakkan yang benar pun tak guna jugakkan? Oleh itu, kita perlu bersifat hati-hati sebelum mengundi. Sebelum kita mengundi, kita nilai dulu pemimpin yang akan bertanding. Haa!! sahabat semua jangan tertipu dengan habuan yang dijanjikan.. Niat mengundi dah salah tu.. Betulkan niat dulu ye?

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia ,supaya kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah SWT dan taatilah Rasul(nya), dan ulil amri di antara kamu .Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Surah An-Nisa’ : 58-59)

Ayat-ayat suci Al-Quran di atas menjelaskan kewajipan :

- Berlaku adil dengan perintah Allah SWT dan hukumnya terhadap seluruh manusia tanpa batas agama, bangsa, Negara dan keadaan.
- Wajib diadakan pemimpin yang dinamakan Ulu Amri (kepimpinan negara yang beriman).
- Ketaatan rakyat kepada pemimpin selepas dari ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya.
- Perlembagaan yang meletakkan al-Quran dan Sunnah adalah hukum tertinggi.
- Kaitan politik dengan beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat yang menjadi tunggal penting kepada rukun iman.

Jadi, ciri-ciri pemimpin bagaimana?

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Al Hajj ayat 40-41
Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah ‘mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘. 

Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:

Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.

Ayat ini merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“.

Tambahan ayat bimbingan dari Al Quran adalah dari surah An Nur bilangan ayat ke 55:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Renung-renungkan.. Fikir masak-masak sebelum memangkah. hehe.. wassalam

Sumber
Sumber

9 Kesesatan Syi'ah Imamiyah Menurut Syaikh Yusuf al-Qardhawi

DR Yusuf Al Qardhawi dalam Fatawa Mu’ashirah, menjelaskan 9 perbezaan tajam antara Ahli Sunnah yang sederhana dengan Syiah Imamiyah Itsna Asy’ariah / 12 Imam.

Berikut ini fatwa beliau:

Sikap Syiah terhadap al-Quran

Sikap mereka terhadap Al Quran seperti yang telah saya jelaskan berulang-ulang kali bahawa mereka tetap percaya dengan Al Quran yang kita hafal. Mereka berkeyakinan bahawa Al Quran adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mashaf yang dicetak di Iran dengan mashaf yang dicetak di Mekah, Madinah dan Kaherah adalah sama. Al Qur an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah / sekolah pondok) di sana. Para ulama Iran juga memetik dalil-dalil Al-Qur an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi’ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata, “Sesungguhnya Al Quran ini tidak lengkap. Kerana ada beberapa Surah dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya. ”

Mungkin saja sebahagian besar ulama mereka tidak mempercayai hal ini. Malangnya mereka tidak mengkafirkan orang yang telah mengatakan hal di atas. Inilah sikap yang sangat berbeza dengan sikap Ahlu Sunnah, iaitu barangsiapa yang meyakini telah berlaku penambahan dan pengurangan terhadap Al Qur `an, maka dengan tidak ragu lagi, kami akan cap dia sebagai orang kafir.

Padahal keyakinan seperti ini terdapat di dalam kitab-kitab rujukan mereka, seperti Al Kaafiy yang setanding dengan kitab Shahih Al Bukhari bagi Ahlu Sunnah. Kitab ini telah dicetak dan diterjemahkan lalu didistribusikan ke seluruh dunia tanpa ada penjelasan apa-apa di dalamnya. Ada pepatah di masyarakat, “Orang yang diam terhadap kebatilan, sama dengan orang yang memperkatakannya.”

Sikap Syiah terhadap Sunnah


Definisi As Sunnah menurut Ahlu Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah dimaksum oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Dia perintahkan umat Islam untuk mentaati beliau di samping taat kepada-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Katakanlah,” Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk, “(Surah An-Nur [24]: 54). “Dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat,” (Surah An-Nur [24]: 56). “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), “(Surah An-Nisa [04]: 59). “Katakanlah (Muhammad),” Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir, “(QS Ali Imran [03]: 32). “Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah. Dan sesiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi penjaga mereka, “(Surah An-Nisa [04]: 80). “Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), “(Surah An-Najm [53]: 3-4) dan ayat-ayat yang lain.

Akan tetapi batasan As Sunnah menurut Syiah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para imam mereka yang maksum. Maksudnya, sunnah merangkumi bukan hanya sunnah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam melainkan juga sunnah kedua belas imam mereka. Imam mereka yang 12 orang tersebut wajib ditaati sebagaimana taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya yang dikuatkan dengan wahyu. Mereka telah menambah perintah Al Qur `an untuk taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya iaitu agar taat kepada makhluk yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri tidak memerintahkannya. Lebih dari itu, kita mengkritik Syiah kerana telah meriwayatkan sunnah dari orang-orang yang tidak tsiqah (dipercayai) kerana tidak memenuhi unsur keadilan dan kesempurnaan hafalan.

Oleh kerana itu, kitab-kitab rujukan Ahlu Sunnah tidak diterima oleh mereka. Mereka tidak mahu menerima kitab Shahih Bukhari, Muslim dan Kutub Sittah yang lain, tidak mahu menerima kitab Al Muwatha, Musnad Ahmad dan kitab-kitab yang lain.

Sikap Syiah terhadap para Sahabat

Pandangan negatif mereka terhadap para sahabat merupakan pokok dan dasar ajaran Syiah. Sikap mereka itu adalah keturunan dari pokok ajaran mereka yang meyakini bahawa, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat jika beliau wafat, maka Ali bin Abi Talib adalah pengganti beliau. Akan tetapi para sahabat menyembunyikan wasiat ini dan mereka merampas hak Ali ini secara zalim dan terang-terangan. Para sahabat telah berkhianat terhadap Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang menjadi wasilah mereka mendapatkan petunjuk dan mereka hidup di zaman beliau untuk menolongnya walaupun dengan nyawa dan segala yang mereka miliki.

Yang menghairankan, apakah mungkin para sahabat bersekongkol untuk melakukan hal ini, sementara Ali Radhiyallahu ‘Anh-sang pemberani-hanya boleh diam sahaja tidak berani mengumumkan haknya ini. Justeru Ali malah ikut membaiat Abu Bakar, Umar dan kemudian Uthman. Ali tidak berkata kepada salah seorang dari mereka itu, “Sesungguhnya aku mempunyai wasiat dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, mengapa kamu bersikap seolah-olah tidak tahu? Mengapa kamu hanya berbincang dengan enam orang sahaja dan kamu menyibukkan diri kamu sendiri? Siapakah orangnya yang harus memilih sedangkan umat Islam telah menetapkan hal ini dengan wasiat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam? “Mengapa Ali tidak mahu menjelaskan hal ini? Kemudian, jika memang Al Hasan bin Ali benar-benar telah tercatat sebagai khalifah selepas Ali kerana ada wasiat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam, tapi mengapa justru Al Hasan mengalah dan memberikan jawatan khalifah ini kepada Mu’awiyah? Mengapa Al Hasan melakukan hal ini, padahal ini merupakan perintah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala? Dan mengapa justeru Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam di dalam hadisnya (hadis ramalan Rasulullah Shalallahu’ Alaihi Wa Sallam) memuji sikap Al Hasan ini?

Soalan ini tidak boleh dijawab sama sekali oleh mereka.

inilah tuduhan palsu mereka terhadap para sahabat yang tidak terbukti. Keterangan mereka ini sangat bertentangan dengan keterangan yang Allah sebutkan di dalam beberapa surah. Seperti di akhir surah al-Anfal, surah at-Taubah, surah al-Fath di pertengahan di akhirnya, surah al-Hasyr dan surah-surah yang lain.

Demikian pula As Sunnah telah memuji para sahabat baik secara umum mahupun secara khusus. Juga zaman mereka itu dianggap sebagai sebaik-baik zaman setelah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam.


Juga apa yang dicatat oleh sejarah tentang mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah menghafal Al Qur `an dan dari mereka lah umat menukilnya. Mereka juga adalah orang-orang yang telah menukil As Sunnah dan menyampaikan apa yang mereka nukil dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan mahupun persetujuan beliau kepada umat ini.

Mereka juga adalah orang-orang yang telah melakukan futuh (pembebasan negeri lain dengan damai) dan membimbing umat ini menuju tauhid Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan risalah Islam. Mereka juga telah mempersembahkan kepada bangsa-bangsa yang dibebaskannya contoh-contoh teladan Qur’an yang dijadikan sebagai panduan.

Imamah Ali dan Keturunannya yang Berjumlah 12 Imam Adalah Pokok Ajaran Syiah. Barangsiapa yang menolak, maka Dia dicap kafir

Di antara masalah akidah Syiah Imamiyah Itsna ‘Asyariyah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah adalah, keyakinan Syi’ah bahawa kepimpinan Ali dan keturunannya dari garis Husein merupakan pokok-pokok keimanan, seperti beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beriman kepada para malaikat -Nya, beriman kepada kitab-kitab-Nya, beriman kepada para rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir. Tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala iman seorang muslim, jika dia tidak beriman bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Demikian juga halnya dengan 11 imam keturunan Ali bin Abi Talib. Sesiapa yang berani menolak hal ini atau doubt, maka dia adalah kafir yang akan kekal di neraka. Seperti inilah riwayat-riwayat yang terkandung di dalam Al Kaafiy dan kitab-kitab lain yang mengupas masalah akidah mereka.

Atas dasar inilah, sebahagian besar kaum Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah secara umum. Hal ini kerana akidah Ahlu Sunnah berbeza dengan akidah mereka (Syi’ah). Bahkan Ahlu Sunnah tidak mengiktiraf akidah seperti ini dan menganggap bahawa akidah ini adalah batil dan dusta atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya.

Bahkan Syi’ah juga mengkafirkan para sahabat yang tidak mengakui imamah Ali Radhiyallahu ‘Anh. Mereka juga mengkafirkan tiga orang khulafa rasyidin sebelum Ali iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman dan para sahabat lain yang menyokong ketiga orang khalifah ini. Kita ketahui bahawa semua para sahabat telah meridhai tiga khulafa rasyidin, termasuk Ali bin Abi Talib yang pada ketika itu Ali lah orang terakhir membaiat Abu Bakar. Kemudian Ali berkata, “Sesungguhnya kami tidak mengingkari keutamaan dan kedudukan anda wahai Abu Bakar. Akan tetapi kami dalam hal ini mempunyai hak kerana kami adalah kerabat (keluarga) Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam. “Akan tetapi Ali tidak menyebutkan bahawa Dia mempunyai nash wasiat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya.

Sedangkan kami Ahlu Sunnah menganggap bahawa masalah imamah dan yang berkaitan dengannya termasuk ke dalam furu ‘dan bukan termasuk pokok-pokok akidah Islam. Masalah ini lebih baik dikaji di dalam kitab-kitab fiqh dan muamalah dan bukan dikaji di dalam kitab-kitab akidah dan pokok-pokok agama. Walaupun dengan sangat terpaksa para ulama Ahlu Sunnah membicarakan masalah ini di dalam kitab-kitab akidah untuk membantah seluruh ajaran Syiah di dalam masalah ini.

Syaikh Muhammad ‘Arfah, seorang anggota Lembaga Ulama Senior Al Azhar pada zamannya, telah menukil dari kitab-kitab akidah milik Syiah Imammiyah Itsna’ Asyariyyah sebagai penguat apa yang kami ucapkan tentang mereka. Beliau berkata,

“Jika kita mahu mengkaji kitab-kitab akidah milik orang-orang Syiah, maka kita akan mendapati adanya kesesuaian atas riwayat-riwayat yang mereka sampaikan. Kita pun boleh langsung menukil ajaran mereka yang kita anggap sebagai ajaran yang sangat berbahaya iaitu masalah imamah, ajaran mengkafirkan para sahabat dan tiga orang khulafa rasyidin. Mereka terus mengkafirkan kaum muslimin sejak Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam wafat sampai hari ini. Hal ini disebabkan kaum muslimin tidak pernah mengakui imamah Ali dan 12 imam mereka. Hal ini seperti yang kami kutip dari penghulu ahli hadis Abi Ja’far Ash-Shaduq Muhammad bin Ali bin Husein bin Babawaih Al Qummi yang meninggal dunia pada tahun 381 Hijrah yang merupakan ahli hadis kedua dari tiga ahli hadis (Syiah) yang juga dia itu adalah pengarang kitab yang berjudul, “Man La Yahdhuruh Al Faqih”, salah satu kitab dari empat kitab rujukan Syiah di dalam masalah pokok-pokok ajaran mereka. Dia berkata, “Kami berkeyakinan pada orang-orang yang menolak imamah Ali bin Abi Talib dan seluruh imam selepas beliau adalah seperti orang-orang yang menolak nubuwah (kenabian) para nabi. Kami juga berkeyakinan bahawa orang-orang yang mengakui imamah Ali dan menolak satu dari imam selepas Ali adalah seperti orang-orang yang mengakui / beriman kepada para nabi akan tetapi mereka menolak Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam. “Dia juga berkata di dalam” Risalat al I’tiqadat “, bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,” Sesiapa yang menolak imamah Ali selepas aku (Rasulullah Shalallahu’ Alaihi Wa Sallam), ertinya dia telah menolak kenabianku dan barangsiapa yang menolak kenabianku, ertinya dia telah menolak rububiyah Allah Subhanahu wa Ta’ala. “

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda, “Wahai Ali, sesungguhnya kelak setelah aku wafat, engkau itu akan dizalimi. Barangsiapa yang menzhalimimu, sama dengan dia telah menzalimi aku; sesiapa yang bersikap adil terhadapmu, sama dengan dia telah bersikap adil terhadap aku, dan sesiapa yang menentang, sama dengan menolak aku. “

Imam Shadiq AS berkata, “Orang yang menolak imam terkini kami, sama dengan menolak imam pertama kami.”

Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Para imam selepas aku ini ada berjumlah dua belas orang. Imam yang pertama adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS, dan imam yang terakhir adalah Al Mahdi. Mematuhi kehendak mereka sama dengan mentaati aku dan bermaksiat kepada mereka sama dengan bermaksiat kepada aku. Barangsiapa yang menolak salah seorang dari mereka, sama dengan menolak aku. “Imam Shadiq berkata,” Sesiapa yang meragukan tentang kekufuran musuh-musuh kami dan sikap zalim mereka terhadap kami, maka dia dianggap telah kafir. “[1]

Dakwaan Wasiat dari Rasulullah untuk Ali


Dakwaan adanya wasiat dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk Ali menjadi khalifah selepas beliau meninggal dunia-seperti keyakinan syiah-sungguh telah merampas hak kaum Muslimin untuk memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Itulah wujud pengamalan terhadap perintah musyawarah yang telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai ciri khas kaum muslimin, “Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka,” (QS Asy Syura [42]: 38).

Seolah-olah dengan adanya wasiat itu, umat Islam mundur selamanya, sehingga Allah Subhanahu Wa Ta’ala harus menentukan siapa orangnya yang berhak mengurus dan memimpin umat Islam. Juga diharuskan orang yang memimpin umat Islam ini datang dari rumah tertentu dan dari keturunan tertentu dari keluarga rumah ini. Padahal semua manusia adalah sama. Yang jelas bahawa yang berhak memimpin umat Islam adalah orang yang diterima (diredhai) oleh umat Islam dan dia mampu untuk memikul amanah ini dan menakhodai umat ini.

Saya yakin jika Negara Islam yang dipersepsikan oleh Ahlu Sunnah adalah bentuk Negara Islam ideal yang telah digambarkan oleh Al Qur `an dan As Sunnah yang sahih. Iaitu sangat sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat dunia pada saat ini bahawa rakyat berhak menentukan nasibnya sendiri, tidak menganut teori negara teokrasi atau sebuah sistem yang mana negara dikuasai oleh pemerintahan berasaskan agama (tertentu) atas nama Kerajaan Langit yang membelenggu leher masyarakat dan hati nurani mereka . Semua lapisan masyarakat tidak kuasa atas diri mereka sendiri kecuali harus mengatakan, “Kami mendengar dan kami taat!”

Keyakinan Syi’ah ini dibantah oleh takdir Allah, di mana Imam yang ke-12 mereka sedang bersembunyi, seperti yang mereka yakini. Akhirnya, umat manusia ditinggalkan tanpa imam maksum lebih dari 11 abad. Bagaimana mungkin Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membiarkan umat manusia tanpa imam yang akan membimbing mereka? Ternyata mereka (orang-orang Syiah) berkata, “Kami masih mempunyai Al Qur` an dan As Sunnahuntuk membimbing kami “ketahuilah, justeru kami (Ahli Sunnah) sejak dahulu sudah mengatakan hal ini.


Penguasaan Kumpulan Tertentu atas Seluruh Umat Manusia

Keyakinan orang-orang Syiah dibina atas dasar rasa penguasaan (merasa yang lebih) dari seluruh makhluk Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka merasa mempunyai kurnia yang sangat besar jika dilihat dari penciptaannya. Mereka ini berhak untuk mengatur orang lain walaupun mereka tidak memilihnya. Hal ini kerana telah menjadi keputusan langit.

Pemikiran seperti ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam secara umum. Hal ini disebabkan seluruh manusia adalah sama seperti deretan sisir. Hanya ada satu Tuhan bagi seluruh umat manusia dan mempunyai nenek moyang yang sama iaitu Adam ‘Alaihis Salam. Mereka semua diciptakan dari bahan yang sama, iaitu sperma. Oleh kerana itu, tidak ada rasa superioriti seorang manusia atas manusia yang lain kecuali dengan taqwanya. Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam Al Quran, “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti, “(QS Al Hujurat [49]: 13).

Sesungguhnya manusia itu diutamakan atas yang lain hanya kerana amal perbuatan, dan bukan kerana faktor keturunan. Sebab siapa yang amalnya lambat, maka titisannya tidak akan mempercepatkan langkahnya meraih redha-Nya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari Kiamat), dan tidak (pula) mereka saling bertanya,” (Surah Al Mu `minun [23]: 101). Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan bahawa yang akan menghukum umat manusia di hari Kiamat adalah Al Mizan yang tidak akan menzalimi seorang pun. Manusia lah yang memilih para pemimpin dalam rangka musyawarah. Manusia berbaiah kepada para pemimpin dengan syarat jangan melanggar batasan-batasan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan hak-hak manusia.

Hanya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam saja satu-satunya orang yang dipilih oleh wahyu, “Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya,” (Surah Al An’am [06]: 124). Selain beliau, hanya manusia biasa dan tidak dipilih oleh wahyu.

Kemudian kenyataan sejarah menunjukkan bahawa orang-orang yang mengaku berhak menduduki sebuah jabatan kerajaan atas dasar nas (Al Qur `an / As Sunnah), ternyata mereka itu tidak menduduki jawatan apa-apa. Justeru mereka hidup seperti manusia pada umumnya (rakyat biasa), mendapatkan persamaan di dalam undang-undang. Kecuali Ali bin Abi Talib yang dibaiat oleh kaum Muslimin menjadi khalifah. Kerana jika dilihat dari sisi keilmuan, beberapa imam ‘maksum’ keturunan Ali tidak dikenali sebagai orang yang unggul kecerdasannya dan layak menjadi imam. Namun ada sebahagian dari keturunan Ali termasuk ke dalam tokoh besar di bidang fiqh, seperti Muhammad Al Baqir dan Ja’far Ash-Shadiq seperti imam-imam fiqh yang lain.




Penyebaran Bid’ah di Kalangan Syiah

Di antara yang harus diperhatikan dari Syi’ah iaitu berlakunya penyebaran bid’ah yang mengandung kemusyrikan di kalangan para pengikut Syiah. Mereka menyembah kubur dan laman-laman web para imam dan syaikh mereka. Mereka berani bersujud ke kuburan, meminta pertolongan kepada ahli kubur dan berdoa meminta kebaikan untuk para peziarahnya dan supaya terbebas dari segala macam marabahaya. Menurut mereka bahawa para ahli kubur tersebut boleh mendatangkan manfaat dan bahaya, boleh membuat miskin dan kaya seseorang dan boleh membuat seseorang senang mahupun sengsara.

Saya (Syaikh Yusuf Al Qardhawi) pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana para penziarah kubur Imam Ridha bersujud sambil merangkak ke arah kuburan beliau dari jarak sepuluh meteran. Tentu hal ini boleh terjadi kerana kerelaan dan anjuran dari para ulama Syiah.

Hal ini berbeza dengan perilaku orang-orang awam Ahlu Sunnah pada saat mereka melakukan ziarah ke kuburan para wali dan Ahlul Bait yang kedapatan berkelakuan menyimpang dan bid’ah. Akan tetapi, perilaku ini ditolak keras oleh para ulama Ahlu Sunnah. Inilah perbezaan yang mendasar antara kami (para ulama Ahlu Sunnah) dengan mereka (para ulama Syiah). Iaitu para ulama Ahlu Sunnah mengecam perilaku mungkar yang dilakukan oleh orang-orang awam. Bahkan ada sebahagian para ulama Ahlu Sunnah yang mengkafirkan perilaku orang-orang awam ini. Akan tetapi perilaku mungkar dan syirik yang dilakukan oleh orang-orang awam Syiah adalah diredhai dan mendapat sokongan dari para ulama mereka.


Syi’ah Melakukan Distorsi Sejarah

Sesungguhnya Syi’ah telah memburuk-burukkan para sahabat, tabiin, dan para pengikut mereka. Juga mereka berani mengubah alur sejarah umat Islam sejak zaman yang paling baik (zaman Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya dan generasi selepas ini). Iaitu zaman terjadinyafutuh (pembebasan negeri dengan cara damai) dan kemenangan gilang gemilang serta berbondong-bondongnya umat manusia masuk Islam. Juga terbangunnya kebudayaan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan, iman dan akhlak juga umat Islam ini mempunyai sejarah yang sangat gemilang. Sekarang umat Islam cuba untuk bangkit kembali dengan cara berkaca kepada sejarahnya, menyambungkan masa sekarang dengan zaman dahulu. Menjadikan kemuliaan para pendahulu umat Islam sebagai figur untuk menggalakkan generasi muda kini untuk maju dan jaya.

Sedangkan sejarah orang-orang Syiah dipenuhi dengan kegelapan. Inilah yang mendorong saya untuk menulis sebuah buku berjudul, “Tarikhuna Al Muftara ‘Alayhi”-Sejarah Kita yang diselewengkan-. Buku ini mengupas sejarah yang benar dan membantah semua tuduhan busuk orang-orang Syiah. Buku saya ini membuat orang-orang Syi’ah gerah. Kemudian salah seorang Syi’ah menulis sebuah buku membantah buku saya ini. Dia berkata, “Yusuf Al Qardhawi ini Wakil Allah Subhanahu Wa Ta’ala atau Wakil Bani Umayyah?” [2]


Ajaran Taqiyyah

Di antara ajaran Syiah yang berkaitan dengan akhlak adalah menjadikan Taqiyyah sebagai dasar dan pokok ajaran di dalam berinteraksi dengan orang lain. Mereka selalu melakukan Taqiyyah, iaitu menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang ada di dalam hati. Mereka itu mempunyai dua wajah. Wajah yang pertama dihadapkan ke sekumpulan orang dan wajah yang lain dihadapkan ke kelompok yang satunya lagi. Mereka juga mempunyai dua lidah.

Mereka berdalih dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, “Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka, “(QS Ali Imran [03]: 28). Akan tetapi, dengan sangat jelas ayat menerangkan bahawa dibolehkannya Taqiyyah adalah pada saat kecemasan yang memaksa seorang muslim harus melakukan hal ini (Taqiyyah) kerana takut dibunuh atau ada bahaya besar yang mengancamnya. Keadaan seperti ini masuk ke dalam pengecualian, seperti firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, “Barangsiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman,” (Surah An-Nahl [16]: 106).

Pengecualian ini tidak boleh dijadikan sebagai acuan di dalam bermuamalah. Hal ini (Taqiyyah) boleh dilakukan pada saat kecemasan, yang mana keadaan darurat boleh menghalalkan sesuatu yang terlarang. Akan tetapi tetap perlu dihitung secara cermat. Bagi orang lain yang tidak terpaksa, tidak boleh melakukan hal ini. Kerana sesuatu yang terjadi atas dasar pengecualian tidak boleh dikiaskan.

Akan tetapi Syiah Imamiyah menjadikan Taqiyyah ini sebagai asas di dalam muamalah mereka kerana para imam mereka membenarkan hal tersebut. Dari Ja’far As Shadiq bahawa dia telah berkata “Taqiyyah adalah agamaku dan agama leluhurku.” Ibnu Taimiyyah berkata mengulas ucapan ini, “Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menyucikan Ahlul Bait dari hal ini dan mereka tidak memerlukan Taqiyyah. Kerana mereka adalah orang-orang yang paling jujur dan paling beriman. Oleh kerana itu, agama mereka adalah Taqwa dan bukan Taqiyyah. “[3]


__________________________________

1- Padahal semua ini adalah hadis-hadis palsu yang dibuat oleh mereka sendiri.

2- Buku ini ditulis oleh seorang Syi’ah asal Mesir yang bernama Dr. Ahmad Rasim An Nafis.

3- Lihat kitab Al Muntaqa min Minhajil I’tidal, karya Imam Adz Dzahabi hal. 68.



Mencari Bahagia - Apakah pada Sekufu?

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis dan keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat.

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. Begitu juga lelaki.

Adalah haram bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdua-duaan kerana ia boleh mendatangkan dosa dan fitnah.Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud,
"Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)
Melalui ikatan perkahwinan, membolehkan lelaki dan wanita itu bermesra-mesraan. Begitulah berkatnya mereka yang berkahwin. Namun, bagi yang tidak berkemampuan Rasululullah SAW dalam suatu riwayatnya telah bersabda yang bermaksud
"Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah mulianya perkahwinan yang mengikut syariat di sisi agama.

Mencari Sekufu Itu Penting?
Dalam melewati alam perkahwinan, isu sekufu antara menjadi topik perbualan dan kadang kala boleh menjadi batu penghalang kepada kelangsungan sebuah kebahagiaan yang diidamkan.
Apabila perkara ini diperbesar-besarkan ia menjadi batu penghalang kepada sesuatu pasangan. Apakah wajar sebuah nikmat bahagia melalui dunia perkahwinan dibatalkan hanya semata-mata tidak sekufu. Apakah mereka yang membicarakan isu sekufu itu, tahu apa pengertian sekufu yang sebenar dan dari sudut mana sekufu itu dinilai. Ada yang hanya mengambil kira sekufu dari sudut kedudukan, rupa paras, kekayaan, dan juga keturunan.
Justeru, sebelum pergi lebih jauh kita harus faham apa itu sekufu. Kufu adalah bahasa Arab, ertinya setaraf. Memang benar dalam perkahwinan ada menitikberatkan mengenai sekufu, seandainya tidak sekufu si anak boleh membantah akan perkahwinan yang cuba dilangsungkan itu. Disebabkan itulah Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang tidak sekufu.
Namun begitu, pengertian dan maksud sekufu ini sangat luas dan ia tidak hanya tertumpu pada keturunan sahaja. Disebabkan salah tafsiran itu mereka yang mempunyai kedudukan menolak sesebuah perkahwinan itu hanya kerana tidak sekufu dari segi darjat dan keturunan.
Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.
Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.
Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.
Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.
Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."
sumber:Iluvislam

Pertarungan Iman dan Nafsu

Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?

Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka memerlukannya?
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?

Tidak kiralah siapakah mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.

Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu, iaitu memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan Al-haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."

Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua diantara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.

Pertarungan antara iman dan nafsu!

Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.

Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah SWT, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..

Hadis Rasulullah SAW:

"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).

Selagi iman bertapak kukuh di hati, selagi iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.

- Artikel iluvislam.com

Air Mata Seorang Lelaki

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
sumber : iluvislam


check sekarang!cepat!


assalamualaikum..haa!dah check ke belum??(erk??apa yang dah check ke belum ni??) oppss!!maaf..hehe..dah check ke belum?? pastikan semua bertutup sebelum anda keluar rumah..hehe..terutama sekali,perempuan.. ala,yang orang panggil muslimah tuu.. nak jadi muslimah,semua kena bertutup..kalau terdedah sana-sini,bukan muslimah lagi.. tak tahu la jadi ape..

saya bukan apa (peringatan untuk diri saya juga),kadang-kadang, wanita terlupa yang diri mereka selalu jadi perhatian ramai.. tak kira la lelaki ke,perempuan ke,kanak-kanak ke,orang tua ke? semua akan lihat.. kalau yang tak bertutup lagi la..lamaaa tenungnyeee..ish!betul..saya tak tipu..kadang-kadang,saya yang perempuan pun boleh terkesima bila tengok wanita yang 'tak bertutup' ni.. syaitan ada dimana-manakan??

sebab tu islam menganjurkan wanita supaya menutup aurat.. memang islam tak paksa..kat dunia ni, boleh la kita pilih nak tutup ke tidak..kalau kat akhirat kelak??boleh ke nak pilih masuk syurga ke neraka?? waktu tu,memang dah terlambat sangat-sangat.. harap,benda tu tak jadi la pada kita..Nauzubillah

kepada lelaki yang telah berkahwin,isterinya yang agak 'terbuka',tegur-tegurlah..kepada sahabat-sahabat lelaki,tegur-tegurlah sahabat perempuan.. nak ajak orang lakukan kebaikkan,tak kira usia atau jantina.. jika kita rasa yang dia lakukan itu salah,kita ada hak untuk tegur.. Bukan bagi galakkan pada dia lakukan kesalahan itu..Itu hak kita sebagai saudara sesama muslim.. betul tak??

manusia tak lepas melakukan salah.. jadi, bila ada sahabat yang enggan menerima teguran dan sebagainya.. tidak mengapa..kerana,hidayah itu milik Allah.. dan Allah jua lah yang memegang hati-hati manusia.. jika dengan nasihat tak lut, maka kita mohon Allah berikan hidayah pada kesempatan yang ada pada sahabat kita.. mohon jua pada Allah, semoga hidayah yang diberikan pada kita dikekalkan sampai bila-bila.. amin..

suatu jumaat

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~

'Awek' zaman sekarang


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.