Jom Mengundi


Sahabat semua dah daftar mengundi belum? Kalau rasa diri layak mengundi, sila daftar ye? Penting tau mengundi ni. Kenapa? Apa tujuan kita mengundi? Mengundi untuk pilih pemimpin. Tapi, kalau undian sahabat tu tak menegakkan yang benar pun tak guna jugakkan? Oleh itu, kita perlu bersifat hati-hati sebelum mengundi. Sebelum kita mengundi, kita nilai dulu pemimpin yang akan bertanding. Haa!! sahabat semua jangan tertipu dengan habuan yang dijanjikan.. Niat mengundi dah salah tu.. Betulkan niat dulu ye?

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia ,supaya kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah SWT dan taatilah Rasul(nya), dan ulil amri di antara kamu .Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Surah An-Nisa’ : 58-59)

Ayat-ayat suci Al-Quran di atas menjelaskan kewajipan :

- Berlaku adil dengan perintah Allah SWT dan hukumnya terhadap seluruh manusia tanpa batas agama, bangsa, Negara dan keadaan.
- Wajib diadakan pemimpin yang dinamakan Ulu Amri (kepimpinan negara yang beriman).
- Ketaatan rakyat kepada pemimpin selepas dari ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya.
- Perlembagaan yang meletakkan al-Quran dan Sunnah adalah hukum tertinggi.
- Kaitan politik dengan beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat yang menjadi tunggal penting kepada rukun iman.

Jadi, ciri-ciri pemimpin bagaimana?

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Al Hajj ayat 40-41
Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah ‘mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘. 

Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:

Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.

Ayat ini merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“.

Tambahan ayat bimbingan dari Al Quran adalah dari surah An Nur bilangan ayat ke 55:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Renung-renungkan.. Fikir masak-masak sebelum memangkah. hehe.. wassalam

Sumber
Sumber

0 comments: