Ketika senyum itu mekar


Selera makanku mendadak hilang. Hanya ada rasa sakit hati dan marah yang memenuhi kepala ini. Huh! Bagaimana tidak geram. Dalam keadaan lapar seperti ini, makanan yang disediakan tidak memuaskan lidah. Sup sayur rasanya manis seperti pengat pisang.

"Ummi... Ummi, bilalah kamu dapat memasak dengan betul? Selalu saja jika tidak masin, masan dan pedas!" Aku tidak dapat menahan emosi untuk tidak membebel.

"Sabar abi, Rasulullah sentiasa bersabar semasa menikmati masakan Aisyah dan Khadijah. Abi kata mahu ikut sifat rasul," kata isteriku dengan tenang.

"Ya, tetapi Abi ini cuma manusia biasa. Abi belum boleh sabar seperti rasul. Abi tidak tahan kalau terus menerus makan macam ini!" Jaawabku dengan nada tinggi.

Mendengar ucapanku yang bernada emosi, aku melihat isteriku menundukkan kepalanya. Aku yakin pasti air matanya akan mengalir.

Sudah seminggu aku berada di luar kota, dan sudah tentu ketika aku balik, otakku dan hatiku penuh dengan harapan untuk mencari baiti jannati di rumahku. Namun, apa yang terjadi? Ternyata realiti tidak sama seperti yang aku impikan.

Setelah sampai di rumah, kepalaku sangat pening. Bayangkan saja, rumah sewaku seperti kapal pecah. Pakaian bersih yang belum diseterika menggunung di sana sini. Piring-piring kotor penuh di dapur dan pakaian kotor berbaldi-baldi. Ditambah pula dengan bau busuk yang menyengat, kerana berhari-hari direndam dengan sabun tetapi tidak juga dicuci. Melihat keadaan seperti ini, aku cuma boleh beristighfar sambil mengurut dada.

"Ummi.... Ummi, bagaimana Abi tidak merungut kalau keadaannya selalu begini?" Ucapku sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Ummi, isteri solehah itu tidak hanya pandai mengisi pengajian, tetapi juga perlu pandai dalam mengurus rumah tangga, pandai memasak, menggosok baju, mencuci, menjahit baju dan mengemas rumah."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sudah terdengar esak tangis isteriku yang kelihatan begitu pilu. "Ah... Wanita mudah sekali untuk menangis." Kata hatiku. "Sudah ummi, ummi tidak boleh cepat tersinggung. Ummikan mahu jadi isteri solehah? Isteri solehah tidak mudah tersinggung," pujukku setelah melihat air matanya mengalir.

"Macam mana tidak menangis! Baru saja pulang, sudah membebel. Rumah ini berserak sebab ummi tidak larat melakukan apa-apa kerja. Jangankan untuk kerja, hendak berjalan pun ummi rasa susah. Ummi tidak ada tenaga, asyik muntah-muntah saja," kata isteriku diselangi dangan esak tangis. "Abi tidak rasa bagaimana orang hamil mabuk." kata isteriku lagi sementara air matanya tetap mengalir.

Hamil? Subhanallah, Alhamdulillah.

Abi, nanti hantar ummi pergi mengaji ya?" Pinta isteriku. "Maaf ummi, Abi sibuk sangat hari ini. Ummi pergi sendiri saja ya?" ucapku.

"Baiklah, kalau Abi sibuk, biar ummi naik bas awam je la. Mudah-mudahan ummi tidak pengsan di jalan." jawab isteriku.

"Ummi, kenapa cakap macam itu?"

"Kepala ummi tidak tahan apabila mencium bau petrol. Bau orang ramai yang bersesakan di dalam bas dan suasananya yang panas, ummi khuatir kalau ummi muntah. Mudah-mudahan, ummi boleh bertahan," kata isteriku lagi.

"ya, kalau macam itu, ummi naik teksi saja," kataku kepadanya.

Perjumpaan dengan rakan perniagaanku hari ini telah dibatalkan. Kesempatan waktu yang terluang ini aku gunakan untuk menjemput isteriku. Entah kenapa, hati ini tiba-tiba saja menjadi rindu padanya. Motorku sudah sampai di tempat mengaji isteriku. Di depan pintu, aku lihat masih banyak kasut yang tersusun, ini menandakan pengajiannya belum habis. Aku perhatikan kasut yang ada satu persatu. Semuanya kelihatan begitu cantik dan mahal. "Wanita memang suka yang cantik-cantik, sampaikan bentuk kasut pun lucu-lucu," aku berkata dalam hati.

Mataku tiba-tiba terhenti pada sepasang selipar yang diapit sepasang kasut cantik. Aku lihat ada awalan huruf M yang tertulis di selipar itu. Dug! Hati ini menjadi luruh, "Oh, bukankah ini selipar isteriku?" tanya hatiku. kemudian, aku ambil selipar buruk yang tertindih kasut cantik itu. Ujian! Air mataku jatuh tanpa diduga. Pedih sungguh rasanya hati ini, kenpaa baru sekarang aku sedar bahawa aku tidak pernah memerhatikan isteriku. Dia pergi kemana-mana dengan memakai selipar yang buruk, sementara rakan-rakannya memakai kasut yang cantik.

"Maafkan aku Maryam," pinta hatiku.

"krek..." suara pintu kedengaran terbuka. Aku terkejut, lalu menyelinap ke tepi tembok. Ada dua orang perempuan berjala sambil mendukung anak kecil yang bertudung cantik dan cerah, secerah warna baju dan tudung umminya. Beberapa minit selepas itu, aku kembali melintasi beberapa orang perempuan. Namun, aku belum bertemu Maryamku. Aku mengira sudah lapan orang keluar dari rumah itu, tetapi isteriku belum juga leuar. Penantianku berakhir ketika susuk tubih berbaju gelap dan bertudung hitam melintas. "Ini dia mujahidahku!" pekik hatiku. Dia berbeza dengan yang lain, kerana dia begitu bersahaja. kalau yang lain memakai baju berbunga cerah indah, dia hanya memakai baju berwarna gelap yang sudah lusuh warnanya. Tiba-tiba hatiku berasa berdosa kerana selama ini aku kurang memerhatikan isteriku.

Ya, baru aku sedar. Semenjak berkahwin aku belum pernah membelikan sehelai baju pun untuknya. Aku terlalu sibuk memperhatikan kekurangan isteriku, padahal di sebalik semua itu begitu banya kelebihanmu wahai Maryamku. Aku benar-benar menjadi malu pada Allah dan rasul-Nya. Selama ini aku terlalu sibuk mengurus orang lain, sedangkan isteriku tidak pernah aku pedulikan. Padahal rasul telah berkata, "Yang terbaik antara kamu adlah yang paling baik terhadap keluarganya."

Sedangkan aku? Ah, kenapa pula aku lupa bahawa Allah menyuruh paara suami agar melayani isterinya dengan baik. Aku lebih banya membebel dan menuntut isteri dengan sesuatu yang dia tidak dapat melakukannya. Aku berasa seolah-olah aku telah menjadi suami paling zalim!

"Maryam!" panggilku ketika dia sedang melintas. Tubuh itu berbalik ke arahku, pandangan matanya menunjukkan seperti tidak percaya atas kehadiranku di tempat ini. Namun, aku melihat bibirnya menguntumkan senyuman. Senyum bahagia.

"Abi!" bisiknya perlahan dan riang. Sungguh, baru kali ini aku melihat isteriku seriang ini.

"Ah, betapa manisnya wajah isteriku ketika sedang kegirangan. Kenapa tidak dari dulu aku melakukan seperti ini?" hatiku sesal.

Esoknya aku belikan sepasang kasut untuk isteriku. Ketika mengetahui hal itu, senyum bahagia kembali menguntu, dari bibirnya. "Alhamdulillah, jazakallahu..." katanya dengan sura mendalam dan penuh ketulusan.

Ah, Maryamku, lagi-lagi hatiku terhenyak melihat tingkahmu. Sekali lagi perasaan sesal menyelubungiku. Kenapa baru sekarang aku boleh bersyukur memperolehi isteri zuhud dan iffah sepertimu? kenapa baru sekarang aku tahu betapa nikmatnya menyaksikan matamu yang berbinar-binar kerana perhatian kecilku?

0 comments: