Sakit Zahir ke Syurga, Sakit Batin ke Neraka



Banyak perkara yang manusia ketahui tetapi tidak tahu rahsia sebenar disebaliknya. Antara perkara- perkara yang manusia tahu tetapi tidak tahu rahsianya ialah:

- Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.
- Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam syurga. Sebaliknya jika dia mati besama penyakit batinnya, dia akan ke neraka.
- Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.
- Sesuatu perkara atau benda yang kita suka,  sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
- Ramai orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
- Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar member ilmu dan teorinya.
- Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah, iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti professor pun dirosakkannya.
- Bangsa yang mempunyai sifat takwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakkannya terlalu banyak.
- Orang yang memiliki dunia, jiwanya selalu tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
- Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.
- Kehidupan manusia di dunia ini sebenanrnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan takwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu member ilmu, ulama- ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda- pemudi member tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih saying, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk saying atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.
- Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati jika dia mengenali dirinya dan bijak meletakkan diri pada tempatnya.
- Telah menjadi tabiat semulajadi manusia sukakan keamanan, kasih saying, simpati, dibantu, dihormati dan tidak diganggu. Namun, adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak.

SUMBER: PERDANA, AHAD, 17 NOV 2013

0 comments: