apa yang kita faham tentang ghaib??kebanyakkan kita yang faham,ghaib ni mesti berkait dengan benda-benda halus,atau benda yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.Semuanya betul.Tapi,sebelum kita mempercayai itu semua,ada yang lebih penting yang perlu kita percaya.Iaitu,Allah,Malaikat dan hari akhirat(syurga dan neraka).
Umat islam wajib beriman dengan enam perkara.Kita ketahui sebagai rukun iman.Kenapa dipanggil rukun iman??Apa yang saya faham,jika sebagai umat islam tidak mempercayai salah satu darinya atau kesemuanya,maka tidak sempurnalah imannya.Kembali pada perkara ghaib tadi.
Sebagai umat islam,secara tidak langsung,kita juga percaya bahawa benda ghaib itu ada.Janganlah seseorang itu sangsi tentang kewujudan ghaib itu.Ia sememangnya ada,dan berada di sekeliling kita.Jika kita mempercayai Allah,kenapa kita masih lagi sangsi tentang kewujudannya??sedangkan Allah juga bersifat ghaib.Dia ghaib tetapi,kita yakin akan kewujudannya:)Oleh itu,jangan sesekali kita sangsi akan kewujudan perkara ghaib..Wallahu 'alam
Hidup masa kini
1 year ago
0 comments:
Post a Comment