SENI YANG DI DENGAR

Muzik ditakrifkan sebagai bunyi yang mengalunkan irama yang sangat merdu dan sedap didengar malah menyenangkan.Setelah kedatangan islam, seni muzik yang mempunyai perkaitan dengan perkara yang melanggar syariat islam akan diharamkan.Menurut Imam Ghazali, Muzik yang melalaikan pendengar daripada tanggungjawab agama adalah diharamkan.
Nyanyian Dan Muzik


Nyanyian merupakan ungkapan kata-kata, sekiranya ia dipenuhi dengan unsur kebaikan, ia adalah baik tetapi sekiranya dipenuhi dengan unsur kekejian, ia adalah keji. Kata-kata yang mengandungi unsur-unsur haram, maka haramlah.
Walaupun jelas kepada kita bahawa hukum nyanyian adalah harus tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu di jaga :
 
-Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang ditunjukkan oleh ajaran islam. Oleh itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran islam tidak di haruskan.
-Cara penyampaian juga perlu di beri perhatian. Ini kerana ada ketikanya kandungan atau isi sebuah lagu tidak terdapat lansung unsur-unsur keji dan salah tetapi cara penyanyi menyampaikan lagu adalah salah.
-Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disertai debgan perkara haram seperti meminum arak, berhias secara melampau atau berlakunya pencampuran lelaki dengan perempuan tanpa ada sebarang batasan.

Perkara Yang Menyebabkan Nyanyian  Di Haramkan

-Sekiranya pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah seorang wanita yang bukan muhrimnya dan di takuti akan menimbulkan fitnah.
-Sekiranya alat yang di gunakan merupakan syiar kumpulan peminum arak atau golongan pondan seperti seruling, alat muzik yang bertali dan tabla yang berkubah. Inilah tiga jenis alat muzik yang di tegah.
-Sekiranya terdapat perkataan yang keji, menghina, pendustaan ke atas ALLAH, rasulnya atau menghina para sahabat sama ada menggunakan alat muzik atau tidak, maka ia adalah keharaman.
-Sekiranya pendengar merupakan seorang yang tidak dapat mengawal nafsu syahwatnya dan mungkin terjadi apabila seorang yang peringkat remaja bahawa mereka tidak boleh membayangkan sesuatu perkara yang boleh membangkit nafsunya

0 comments: