Siapa yang mencorak?

Assalamualaikum..ada lagi satu yang saya nak kongsikan..Petang tadi,saya ada blogwalking ke blog seorang teman..saya tertarik dengan entri dia..yang buatkan saya tertarik untuk membaca tu sebab ada gambar Wardina Safiyyah dengan anak dia..Ada diselitkan sekali kata-kata dari Wardina..Katanya,anak-anak perlu diajarkan tentang perasaan dari kecil..Supaya,kelak besar tak terjadi masalah-masalah sosial seperti sekarang ni..Saya setuju dengan pendapat WardinaSafiyyah tu..

Habis tu,apa kaitan dengan tajuk entri kali ni?erm..tajuk entri ni sebenarnya ada sambungan lagi..Tajuk penuhnya”Siapa yang mencorak anak-anak??”..Tahu tak?siapa yang mencorak pun memainkan peranan..Pepatah melayu cakap,ke mana kuah tak tumpah kalau bukan ke nasi(betul ke?)atau pun,bapak borek anak rintik(boleh la kot)..saya betul-betul kesian bila tengok kanak-kanak yang baru nak kenal dunia,dah terjebak dengan dunia..tahu apa maksud saya?yela,macam rancangan realiti TV,Idola kecil tu..Apa motif rancangan tu diadakan??nak ajar anak-anak supaya berhibur??lupakan urusan akhirat??herm..itulah nanti jadi orang takut mati..


Saya lebih suka rancangan mari mengaji..Memupuk penghayatan alquran dalam diri kanak-kanak..Seperti semua sedia maklum,kanak-kanak ibarat kain putih..Terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana nak mencoraknya..Kenapa ibu bapa?Sebab ibu bapa adalah satu-satunya orang yang membawa anak itu ke dunia..Penting pendidikan awal kanak-kanak diberi pendedahan tentang agama..Yela,sebab semasa kecil adalah waktu paling mudah bagi mereka untuk belajar..tapi,ajar mengikut sukatan yang sesuai dengan peringkat umur mereka..

Sahabat saya pernah bercerita..Dia ada seorang anak saudara..Anak saudara itu pernah bertanya,”Maksu,kenapa maksu pakai tudung?”..ha!kalau sahabat nak jawab bagaimana??Takkan kita nak bagi dalil kat dia?mesti dia tak faham..Jadi,kita beritahu perkara yang mudah dia fahami..Contohnya,sebab nak cantik dan sebagainya..Apabila sampai uurnya akil baligh,baru kita terangkan kewajipan bertudung kepada dia..Itulah proses pembelajaran..

Ramai juga yang berkata,kalau bapa pencuri,anak mesti jadi pencuri jugak..Memang ada begitu..Tapi,jika semasa anak itu kecil,dan diberi asuhan dengan baik,insyaallah tidak akan mencontohi ibu bapanya..Sebab tu la,lelaki kalau nak cari isteri,perlu cari yang perempuan yang terbaik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak..Sebab,dari situlah peribadi anak-anak dibentuk..Tapi,bolehkah lelaki jahat nak dapat perempuan yang baik??erm..semuanya Allah telah tetapkan..Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya..Wallahu’alam

0 comments: