herm..jom sama-sama muhasabah diri..Allah memerintahkan para wanita menutup aurat..

Firman Allah:“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani” (al-ahzab:59)
Saya sendiri tak nafikan.Saya juga liat masa mula-mula nak pakai tudung..Disebabkan peraturan yang dibuat oleh guru kelas saya,saya terpaksa pakai tudung..Masa tu sekolah rendah lagi,darjah 3..Bila tak pakai,ustazah tanya dalam kelas..Tapi,waktu tu,tak rasa malu lagi..Hihi..habis je waktu sekolah,saya cabut tudung..Tak sampai rumah lagi,tudung saya dah ada dalam beg..Itulah saya..hihi..Tak tertahan panasnya pakai tudung..Tapi,alhamdulillah,lepas pindah sekolah saya dah boleh biasakan diri memakai tudung..
Ada sesetengah perkara,kita perlukan paksaan atas diri untuk buat..Contohnya,pakai tudung ni la..Kalau saya tak paksa diri untuk berubah,mesti sampai sekarang saya pun mendedah aurat jugak..Bila hati mula istiqamah melakukan sesuatu,insyaallah pasti akan datangnya bantuan Allah..Biasalah,iman manusiakan ada turun naiknya..Panas sikit,rasa susah..Belum rasa panas neraka lagi..Minta dijauhkan la ye..
Susahnya jadi perempuan ni,semua kena tutup..Kadang-kadang,rasa rimas pun ada kan??Saya tak nafikan..sebab,saya pun begitu..Kena pakai sarung lengan,bersarung kaki,bertudung..Tudung plak,tak boleh pakai yang jarang..Ustaz saya panggil tudung penapis..Tudung plak tak boleh pakai yang pendek..erm..banyak pantang larang bila jadi perempuan..kenapa Allah menetapkan peraturan sebegitu atas perempuan sahaja??erm..lelaki tak plak camtu??Rujuk semula firman Allah tadi..
Firman Allah:“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani” (al-ahzab:59)
Tujuan wanita diperintahkan untuk menutup aurat adalah kerana itu lebih sesuai dan supaya merek atidak diganggu..Maksud tidak diganggu ni,ialah tak terancam dengan risiko rogol,sumbang mahram atau apa-apa yang tidak baik..Fahamkan??hihi..itu saja perkongsian untuk hari ni..wassalam
1 comments:
Salam..
setuju dengan pendapat saudari...
tapi dalam dunia akhir zaman nih...kadang2 klu pakai tudung pun masih lagi perlu amat barhati-hati...sebab zaman sekarang jgn kata yang pakai tudung...yang bau getah sekerap pun boleh jadi mangsa rogol klu tak berhati-hati...
The Factors Should Be Considered When Choosing A Host For E–Commerce Website
Post a Comment