Erm..bagaimana pendapat sahabat yang lain??bagi saya,sahabat dia itu tak bersalah kerana tidak dapat mengawal nafsu..Tetapi,dia bersalah kerana mengawal nafsu itu dengan cara yang salah..biasalah,manusia biasa iman turun naik..
Sepatutnya,nafsu itu dikawal dengan cara berpuasa..Dalam Al-Quran ada menyebut tiga jenis nafsu..Iaitu,nafsu amarah..iaitu,nafsu yang selalu menyuruh pada kejahatan..
Firman Allah:
"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Nafsu kedua ialah nafsu lawwamah..Iaitu,nafsu yang selalu menyesali...
Firman Allah:
“Dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!”
Dan Nafsu yang ketiga ialah nafsu mutmainnah..iaitu nafsu yang tenang..
Firma Allah:
“(setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!”
Oleh itu,nafsu sepatutnya ditentangi dengan cara yang betul..jika kita bernafsu amarah..kita perlu kuatkan benteng iman kita dan menjauhi perkara yang boleh membawa kepada perkara buruk..nafsu ini perlu dibendung dengan berpuasa..bagi saya,ini jalan yang terbaik..
Jika nafsu lawwamah pula,manusia itu sendiri perlu mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang teguh terhadap semua yang berlaku..contohnya,kita selalu cakap kalan begini,begini,mesti tak jadi begitu,begitu..fahamkan??saya tak tahu nak bagi contoh camne..
Jika nafsu mutmainnah pula,bersyukurlah pada mereka yang memilikinya..sebab,tak semua ada sifat ini..wallahua’lam..
0 comments:
Post a Comment