Pertolongan Allah Berada di mana-mana

Assalamualaikum..saya tiba-tiba teringat pada seorang sahabat ni..Dia seorang OKU..Tapi,dia bersemangat mendepani hari-hari mendatang..Walaupun keadaan fizikal yang membataskan pergerakkan..Tapi,Alhamdulillah..Dia tak pernah mengenal erti putus asa..Dia yakin,Allah sentiasa bersamanya..

Suatu hari,saya bersama 3 orang lagi sahabat,baru pulang dari ATM..Tiba-tiba,terlihat sahabat OKU ni dengan kerusi roda.. Sahabat-sahabat saya yang prihatin ni,nk hulurkan bantuan.. Saya cakap,"pergilah..saya tunggu di sini.." 2 orang sahabat saya pergi membantu Firdaus(sahabat OKU) tadi.. Mereka berdua ni pun tolak la firdaus ni..

Tiba-tiba,datang seorang lelaki somalia (pelajar antarabangsa) dari belakang sahabat saya tadi.. Tahu dia cakap apa?? Dia cakap terima kasih.. Sebab dia memang perhatikan Firdaus ni nak melintas.. Tapi,disebabkan dia terlambat(tengah makan kot)..Sahabat saya sampai dulu.. Jadi kami jalan sekali..Tadi berempat..Ni dah berlima.. Sahabat saya tanya,"nak ke mana??"..Daus cakap,"ke masjid".. Kami tolak sampai ke masjid..Alhamdulillah..Dia selamat sampai..

Dari situasi yang berlaku,saya dapat kesimpulan. Bahawa Allah tak pernah melupakan hamba-Nya selagi hamba itu tidak melupakan-Nya. Segala niat yang baik dan mulia, Allah akan bantu kita supaya menjadi mudah. Contoh seperti di atas. Daus berniat nak ke masjid. Jadi,Allah telah permudahkan urusan dia dengan menghantar 2 orang sahabat saya untuk membantu dia.. Selagi hamba itu sabar dengan ujian, dia akan sentiasa dalam pemerhatian Allah SWT. Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang sabar. Amin..

0 comments: