skip to main |
skip to sidebar
- Menjaga kesinambungan amal
Amal yang baik akan membawa kepada amal baik yang lainnya. Ia harus berterusan dan bercambah. Jika kita berhenti beramal, ia mampu membuka pintu maksiat dan membawa kepada kelalaian yang lain. Daripada amal yang berterusan inilah, kita akan sentiasa berfikir untuk meningkatkan prestasi dan kualiti amal kita. Malah, kita akan menjauhkan diri kita daripada berada dalam keadaan static, stagnant, dan vakum yang lama yang mampu merosakkan diri kita.
- Meningkatkan potensi diri secara maksimum
Seseorang yang mahu istiqamah dalam keikhlasannya harus sentiasa mengoptimakan segala potensi diri yang dimilikinya. Sehingga dia dapat meraih kesempurnaan terhadap apa yang dilakukannya. Setiap amal itu amat bergantung kepada kekuatan niat dan tekad dalam melaksanakannya.
“sesungguhnya Allah suka melihat hamba-Nya yang melakukan pekerjaan dengan tekun (teliti) HR al-Baihaqi
- Terus mencari ilmu
Untuk terus beramal, ilmu amat diperlukan. Ketika setiap amal itu dilaksanakan berdasarkan ilmu, maka ia akan menghindarkan seseorang itu daripada kesesatan yang menjadikan amalnya itu sia-sia. Untuk memastikan keikhlasan diterima Allah SWT, kita harusmempunyai ilmu sebagai hujah bagi setiap amal yang dilakukan.
- Sabar dalam beransur-ansur melaksanakannya
Kehidupan ini perlu dilalui secara bertahap dan tidak boleh tergesa-gesa.tergesa-gesa menjadikan sebiji buah dipetik sebelum masaknya. Hasilnya sekejap dan tidak akan kekal lama. Begitu jugalah kita sebagai manusia, ikhlas itu perlu bertahap tetapi harus berterusan. Jika terlalu cepat, diri kita mudah cenderung untuk meninggalkannya.
Ikhlas adalah sebuah proses penyucian jiwa. Kita harus berlatih untuk menjaga setiap perkataan, perbuatan dan amalan kita daripada terjebak dengan rasa riya’, takabbur, sum’ah (memperdengarkan amalannya yang terlihat dan tersembunyi untuk mendapatkan pujian) dan lain-lain penyakit sehinggakan hatinya tidak lagi berorientasikan Allah SWT. Perjuangan untuk sentiasa ikhlas adalah perjuangan sepanjang hayat. Jika orang lain tidak Nampak, Allah pasti nampak. Kita tidak akan mampu menipu Allah. Maka, serahkanlah amalan terbaik kepada Sang Pencipta. Moga dengannya, Dia mengganjari kita dengan syurga-Nya yang mahal kelak.
Sumber: hasil tulisan Dr. M. Adih Amin
0 comments:
Post a Comment