dilarang berputus asa dari rahmat Allah SWT

Assalamualaikum..alhamdulillah,hari ini saya masih lagi diberi peluang menulis lagi..semoga,sahabat juga begitu..bersyukur atas rahmat Allah SWT..tahukah kamu,kita dilarang berputus asa dari Rahmat Allah SWT??
Allah telah berfiman dalam Surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud:

"Hai anak-anakku!pergilah kamu mencari Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus - asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiadalah yang berputus - asa dari rahmat Allah,melainkan kaum yang kafir".

sudah ternyata siapa yang berputus asa dari rahmat Allah boleh menjadi kafir..na'uzubillahiminzalik..oleh itu,jangan kita pernah mempersoalkan kenapa Allah menetapkan cara hidup kita begini?orang lain begitu??semuanya ada hikmahnya..Allah itu maha mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambanya..

Allah berfirman lagi dalam Surah Ali 'Imran ayat 154 yang bermaksud"

"Allah maha mengetahui apa-apa yang di dalam dada".


Oleh itu,kita jangan sesekalu mengeluh terhadap rahmatNya..Kita semua sedia maklum,bahawa Allah itu tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan beban yang kita sendiri tidak mampu..Allah sengaja menguji kita dengan pelbagai ujian supaya,kita sentiasa bersyukur atas apa pun rahmat dan nikmat yang diberi..

0 comments: