assalamualaikum..rasanya ramai yang tahu soal poligami ni kan??lagi-lagi pasangan yang dah berkahwin atau yang akan berkahwin lagi..ustaz saya pernah menyebutkan hal ini dalam kelas dulu..biasalah,bila sebut soal poligami,perempuan yang paling benci sekali..ye,siapa yang mahu berkongsikan??tapi,kerana ustaz itulah,saya sedar bahawa,poligami ini sebenarnya penting dan perlu dalam pembangunan islam..Rasul kita sendiri berpoligami bukan??itu bukan bermakna baginda itu gila seks..tetapi,semua itu dilakukan kerana satu tujuan..iaitu,menegakkan islam..
Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 3 yang bermaksud:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Ayat ini menerangkan bahawa lelaki dibolehkan memiliki 4 orang isteri..tapi,dengan syarat lelaki itu mesti berlaku adil dalam dua perkara..iaitu,adil dari segi nafkah dan giliran..Ayat ini diturunkan kerana lelaki pada zaman Rasulullah SAW sedikit bilangannya kerana ramai yang syahid dalam peperangan..kerana itu,lelaki dibolehkan beristeri 4 supaya wanita yang kematian suami itu hidupnya terbela setelah kematian suami pertama..Isteri - isteri Rasulullah seorang sahaja yang masih gadis,yang lain adalah janda..ini kerana,Baginda ingin membantu kehidupan wanita -wanita itu..
setelah pendedahan yang dibawa oleh ustaz saya,baru saya sedar,poligami ini sebenarnya membela nasib wanita-wanita andartu,janda,dan ibu tunggal..jika anda seorang wanita,cuba renungkan seketika..kita mesti tak nak kaum hawa hidup melarat,menderita,kesedihan bukan??
tapi,lelaki juga harus membetulkan niat untuk berpoligami..niat itu mestilah kerana Allah..bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata..lelaki haruslah bersikap adil dan bijak dalam mengetuai rumah tangga..tanggungjawab pada anak-anak jangan sesekali diabaikan setelah beristeri baru..jangan begitu..Allah telah berfirman,jika lelaki itu tidak mampu bersikap adil,cukuplah hanya memiliki satu isteri sahaja..sekurang-kurangnya,tidak adalah yang rasa dirinya teraniaya..
dah tengok cerita ketika bertasbih drama bersiri??kalau belum,baik tengok..banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita tu..ada juga diselitkan tentang isu poligami ni..dalam cerita tu,si isteri menyuruh suami berkahwin lagi sebab dia tak mampu untuk memberi zuriat pada si suami..herm..dalam cerita ni,tujuan dianjurkan poligami ialah untuk menjamin keturunan yang akan menyambung dakwah keluarganya..ha,semua dilakukan atas dasar dakwah islam..selamat menonton =)
Hidup masa kini
9 months ago


0 comments:
Post a Comment