Khunnas atau khunsa

Assalamualaikum..lama tak update blog..maaflah..saya dah masuk sem baru..ada banyak perkara yang lebih penting yang perlu diuruskan..dengan masa yang sedikit terluang,saya ambil kesempatan ini nak berkongsi..baru-baru ini,ustaz saya ada berkongsi tentang khunsa dan khunnas..tahu apa itu khunnas??saya rasa,khunsa semua tahukan?

kebetulan ustaz saya salah seorang mursyid di Imam Muda..slot pada minggu ini,mereka diberi peluang untuk mendekati golongan maknyah..dari situ la timbulnya isu khunsa dan khunnas ni..ustaz saya sempat berkongsi pandangan yang sedikit sebanyak yang boleh saya ambil..pada minggu pertama kelas,biasalah..sesi suai kenal..disebabkan ustaz dah mengajar saya 2 sem yang lepas,sesi suai kenal bertukar menjadi perkonsian pengalaman beliau ketika bersama peserta imam muda..

khunsa adalah manusia yang dilahirkan dengan memiliki dua alat kelamin..mereka ini diberi peluang untuk memilih..samada untuk menjadi lelaki atau perempuan..tetapi,sekiranya salah satu dari alat kelamin tersebut tidak berfungsi,maka jantina mereka perlu mengikut alat kelamin yang berfungsi..contohnya,alat kelamin lelakinyatidak berfungsi..tetapi,alat kelamin perempuan berfungsi..maka,jantinanya adalah perempuan..begitu juga sebaliknya..



Tetapi,jika kedua-duanya berfungsi,mereka perlu membuat pilihan..situasi seperti ini,pembedahan membuang alat kelamin adalah digalakkan..tidak timbul isu dosa atau haram..


Khunnas pula adalah mereka yang lebih mengikut naluri hati..seperti,lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya..mereka ini termasuk dalam golongan yang berdosa kerana mengubah ciptaan Allah SWT..ada yang sanggup membuat pembedahan untuk menukar jantina dan sebagainya..rasanya,semua sedia maklum bukan??ustaz saya sendiri mengakui,untuk menarik semula golongan ini ke jalan sebenar amat susah..perlu mengambil masa yang agak lama bagi mereka untuk berubah..Wallahua'alam..

0 comments: