bila hasad dengki menjadi hobi


Assalamualaikum..saya tak tau nak kongsi apa..fikiran kekeringan idea..otak dok fikir benda len..thesis pun tak jumpe-jumpe ustaz lagi..aduhh!banyaknye tugas terbengkalai..tapi hari ni,bukan itu yang saya nak kongsikan..Rasanya,pasal hasad dengki ni semua dah sedia maklumkan?kenapa ya??masih ada lagi perasaan hasad dengki antara manusia..

hasad dengki pertama yang berlaku atas muka bumi boleh kita ketahui melalui kisah Habil dan Qabil..Dari situ la sejarah bermulanya hasad dengki..bagaimana terjadi hasad dengki??mengikut pandangan saya,perasaan ini lahir apabila ada sebelah pihak yang kehendaknya tidak dituruti..contohnya boleh diambil dari kisah Habil dan Qabil..

Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya..malangnya,kita tak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberi..bila orang lain dapat apa yang mereka nak,mula la kita memasang niat yang bukan-bukan..itu hasad namanya..berdendam supaya ita dapat apa yang kita nak..kenapa perlu sampai begitu?bagaimana nak membendung hasad dengki ni?

bagi saya,kita perlu yakin bahawa apa yang Allah beri itu,adalah yang terbaik..jangan persoalkan kenapa?setiap manusia itu,cara penerimaannya berbeza-beza..sudah pasti,Allah juga akan memberi nikmatNya mengikut tahap keabdian hambaNya..Mungkin,hari ni bukan rezeki kita..mohon pada Allah,supaya rezeki itu kelak menjadi milik kita..

hasad dengki adalah antara mainan syaitan kepada manusia selain amarah..oleh itu,kita harus berhenti dari merasa iri atau cemburu sehingga terjadinya hasad dengki..wallahua'lam..wassalam..

0 comments: