Contohi Mereka?

Assalamualaikum..Erm.. Apa pendapat anda apabila ada seseorang yang mencontohi seorang yang lain? dalam masa yang sama, anda sendiri tidak yakin orang itu baik di contohi atau tidak..

Baru-baru ini banyak sungguh kekeliruan.. Tapi,disimpan untuk diluahkan saat ini.. hehe.. Saya jadi keliru, bila kita ada kemusykilan tentang sesuatu perkara.. Lalu, kita akan bertanyakan kepada orang yang arif dalam bidang tersebut.. Tetapi, bagaimana jika seseorang itu berkongsi pendapat dengan kita.. Dan pendapat itu, dari orang yang kita tak yakini ke 'siqohan'nya..bagaimana?

Boleh kalau kita nak contohi orang lain.. Tetapi, bagaimana jika pendapat yang dikongsi itu ternyata berbeza dari fahaman yang kita ikut.. Perbezaannya ketara sekali.. Oleh kerana itu, kita perlukan pendapat yang lain.. Baik tanya kepada mereka yang lebih aula.. Janganlah tanya pada mereka yang masih belajar, atau belajar tak habis.. Walaupun pada hakikatnya,mereka arif dalam bidang tersebut..

Bila ditanya,mana tau camtu?? abang cakap camtu.. abang keje pe? masih belajar lagi dalam bidang ni.. laa,belajar lagi.. Ingatkan dah jadi mufti.. Plak tu,bila ada ustaz yang pandangannya berbeza dari abang tadi, nak ikut apa abang cakap jugak.. Abang yang betul.. Kenapa tak nak dengar cakap ustaz yang terang-terang memang boleh dipercayai??

ada pendapat nak dikongsikan??penuhkan ruangan komen ye..Nk komen, klik pada tajuk entri..wassalam

0 comments: