assalamualaikum.. tahukah kamu,haiwan apa yang paling pemalu sekali?? bagi saya, unta adalah haiwan paling pemalu sekali.. Ustaz saya bercerita mengenai pengalamannya ketika belajar di mesir dahulu. Beliau menceritakan pada suatu hari, sedang rehlah bersama sahabatnya. Salah seorang sahabatnya ternampak sepasang unta sedang mengawan. Setelah itu, sahabatnya itu ditarik oleh sahabat yang lain lari ke tempat yang lain sebelum terlihat oleh unta tadi. kenapa?
unta salah seekor haiwan yang tidak mengawan di hadapan khalayak. Mahupun di depan kelompoknya mahupun di hadapan manusia. Oleh itu,sesiapa yang kelihatan ketika haiwan itu sedang mengawan, akan dikejar lalu dipijak oleh haiwan itu sehingga mati. Malu aibnya terlihat. Begitu juga dengan haiwan yang lain. Pernah kita nampak kerbau,lembu atau kambing mengawan di khalayak?? tak pernahkan??
kerana itu, Allah menghalalkan haiwan ini dimakan. Tetapi, mengharamkan memakan haiwan selain dari yang dihalalkan. Kecuali, dalam keadaan darurat.
Bagaimana pula manusia yang tanpa segan silu melakukan zina di khalayak?? Apa mereka tidak ada maruah?? bagaimana pula dengan haiwan yang sememangnya tidak berakal, tetapi ada sifat malu.. erm, renung-renungkan.. wassalam
Hidup masa kini
1 year ago
0 comments:
Post a Comment