Ramadhan memberi kita banyak peluang melakukan amal kebaikkan.. Seperti, bertadarus, Qiamullail, Solat Jemaah, bersedekah dan sebagainya.. Adakah amalan ini masih lagi kita amalkan walaupun berada di luar Ramadhan atau sebaliknya??
Ramadhan mengajar kita supaya bersabar, dan memahami penderitaan orang lain.. Selalunya, Bulan Ramadhan ramai yang berbuka puasa bersama anak-anak yatim, memberi makan selepas solat(moreh), dan sebagainya.. Tetapi, cuba renungkan.. Apakah amalan tu masih lagi dilakukan jika diluar Ramadhan??
Oleh itu, setiap mereka yang muslim perlu istiqamah dalam melakukan perubahan.. Bukan acuh tak acuh.. Jika di bulan Ramadhan kita boleh menjauh perbuatan mengumpat, dengki mendengki, ayuh! teruskan ke bulan-bulan yang lain.. Supaya,amalan-amalan tersebut sebati dengan jiwa kita.. Tiada lagi timbul soal susah melakukan perubahan.. wallaha'alam..
0 comments:
Post a Comment