Mana nak Mengadu?

Pernah tak kita mengeluh sebab banyak masalah?

Mesti selalukan? Semua orang tak lari dari masalah.. Sedangkan Rasulullah juga menghadapi masalah ketika menyebarkan islam serata dunia.. Masalah datang dari Allah, dan kepada Allah juga sepatutnya kita merujuk masalah..

Masalah yang datang sebenarnya adalah risiko yang kita ambil dalam melakukan sesuatu.. Oleh kerana itu, sebelum membuat keputusan perlu diselidiki terlebih dahulu..

Ada ke masalah yang tak boleh selesai?

Ada.. Iaitu mati.. Mati adalah risiko bagi mereka yang hidup.. Betul tak? Nak tak nak, kena juga hadapi.. Masalah juga bergantung kepada cara seseorang itu menyelesaikannya.. Masalah tidak sepatutnya diselesaikan dengan masalah.. Contohnya, ada sebahagian dari kita bertindak menzalimi diri sendiri apabila masalah tidak dapat diselesaikan.. Sewajarnya, Allah paling diperlukan..

Kadang-kadang, hati manusia tak kuat.. Sebab tu Allah turunkan Al-Quran.. Al-Quran boleh menenangkan jiwa dan menjadi petunjuk kepada orang yang dikehendaki.. Andai kata tidak ada manusia yang mampu membantu, Allah jua lah tempat sepatutnya kita mengadu..

0 comments: