Rupa Paras Titian Sirat

Dalam satu hadith al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan, titian sirat adalah jalan atau jambatan yang dibentangkan ke atas kedua-dua neraka. Dua belakang neraka bukan bermakna neraka itu ada dua, sebaliknya jambatan itu berada di antara tepi neraka yang satu dengan tepi yang lainnya.

Titian sirat itu lurus tanpa ada selekoh dan cabang. Rasulullah pernah berkata,

“Sirat dibentangkan di atas permukaan neraka jahannam seperti tajamnya pedang dan sangat menggelincirkan (licin). Di atasnya ada besi-besi yang berpengait daripada api dan menyambar-nyambar. Ada yang berpegangan lalu jatuh ke dalamnya, ada yang terpelanting, ada yang melintas seperti kilat sehingga tidak lama kemudian dia selamat, ada yang seperti angin sehingga tidak lama kemudian dia selamat, ada yang seperti kuda berlari, ada yang berjalan cepat, dan ada juga yang berjalan kaki.”

Hadith ini direkodkan oleh at-Tabrani.

Selain itu, terdapat hadith lain yang menyatakan titian sirat lebih kecil daripada rambut. Al-baihaqi dari Anas, Rasulullah pernah berkata,

“Sesungguhnya di atas neraka jahannam itu ada sirat yang lebih nipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang".

Selain itu, Rasulullah juga menyebut bahawa ketajaman titian sirat itu melebihi ketajaman pedang. Titian sirat tidak lembut ataupun lentur dan tidak mudah patah ataupun putus.Titian sirat juga tahan hentaman dan getaran, sehingga apabila dilintasi oleh jutaan manusia, titian sirat tetap terbentang dengan kukuhnya. Begitu tajam titian sirat sehingga ramai manusia terkoyak kulitnya apabila melintasinya. Namun, semua bergantung pada keimanan seseorang itu.

sumber: Terpelanting dari Siratulmustakim

0 comments: