Hidup mesti bersahabat

Carilah sahabat yang berilmu

Bukan bermakna orang yang tak benyak ilmunya kita tak boleh jadikan sahabat. Pilih orang yang suka mempelajari sesuatu yang baik-baik. Lazimnya, orang yang ada keinginan dan suka menuntut ilmu ini adalah orang yang terdedah kepada kejayaan. Jadi, apa salahnya kita bersahabat dengannya dan sekurang-kurangnya tempias ilmunya itu kena kita. Dengan sendirinya kita juga akan jadi... pandai, tak banyak… sikit pun jadilah..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la)

- Carilah sahabat yang benci kezaliman

Orang yang tak suka pada kezaliman adalah orang yang tak suka bergaduh atau cari gaduh. Kalau orang ini bersahabat dengan kita, maka kita akan selamat sebab kita tak akan bergaduh punya. Tapi jangan ambil kesempatan padanya. Orang begini sebenarnya dalam hatinya ada taman… cinta dan kasih saying. Kalau bersahabat dengannya jiwa kita tak kacau, jiwa kita tenang jee..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Carilah sahabat yang tidak suka mengadu domba

Erti kata mudah bagi mengadu domba ialah ‘report’, jaga tepi kain orang lepas itu bercerita tentang keburukan kain orang itu. Mana boleh macam itu kan? Tak pandai simpan rahsia dan tak amanah. Orang yang baik ialah orang yang pandai menutup keaiban sahabatnya dan tak cakap banya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah).” (Riwayat Muslim)

- Carilah sahabat yang bersifat malu

Maksud malu di sini ialah malu untuk membuat perkara-perkara mungkar sebab orang begini sentiasa sentiasa beringat bahawa Allah SWT sentiasa memerhati tindak tanduknya. Namun begitu, mali itu berpada-pada dan bertempat, jangan sampai semua benda nak malu..haru nanti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “malu adalah sebahagian dari iman, dan iman adalah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)

- Carilah sahabat yang berpegang pada janji

Ini adalah satu sifat yang sukar dilakukan kebanyakan manusia… berpegang pada janji. Paling mudah untuk menilainya, begini, jika seseorang itu tidak memegang atau mengotakan janjinya sesame manusia, maka apatah lagi terhadap agama Allah SWT. Boleh tak orang begini membimbing sahabatnya untuk mengikut perintah dan bertakwa kepada Allah SWT? Sendiri mahu ingatlah, kan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Sumber: gen-q. isu no. 08. Bersahabat sampai ke syurga

0 comments: