Wasiat Rasulullah untuk remaja

Daripada Ibnu Abbas r.a, katanya: “Pada suatu hari, aku berada di belakang (boncengan) Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda, maksudnya: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memeliharu kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon, maka pohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada kita, nasihat-nasihat yang berguna dalam usaha membentuk akhlak serta adab yang mulia. Antara poin nasihat tersebut adalah:

- Apabila kita memelihara Allah SWT, nescaya Allah SWT akan memelihara kita. Maksudnya, jika kita melaksanakan perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara kita daripada segala kemungkaran dan kejahatan.

- Apabila kita sudah dipelihara oleh Allah SWT, doa yang kita pinta pasti akan dimakbulkan.

- Tiada apa yang dapat berlaku tanpa keizinan Allah SWT.

Jika kita mengambil nasihat-nasihat Rasulullah SAW di atas dan diterapkan dalam diri kita, akhlak serta adab yang mulia dengan mudahnya lahir dalam hati serta mudah dizahirkan kepada keluarga kita.

Sumber: gen-q. 2012. isu no.08. bersahabat sampai ke syurga. Hlm. 39

0 comments: