Upah Dalam Dakwah

Dakwah adalah perbuatan mengajak manusia ke arah islam. Dengan kata lain, dakwah bererti mengajak orang lain agar berserah diri kepada Allah. Dalam berdakwah, pada dasarnya orang menyeru kepada kebajikan, amar makruf nahi mungkar. Makruf ialah segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, sedangkan mungkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan manusia daripada-Nya. Dakwah merupakan suruhan dari Allah SWT.

“dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik (makruf), serta melarang daripada Segala yang salah (mungkar) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”

(SURAH 3:104)

Sebagai perintah Allah, berdakwah di posisikan sejajar dengan solat, puasa, haji dan lain-lain. Dalam menjalankan perintah Allah, kita tidak dibayar oleh orang lain. Kita tidak diberi wang kerana kita solat. Kita tidak diberi wang kerana kerana kita berpuasa. Kita tidak diberi wang kerana kita menunaikan haji. Demikian juga, kita tidak diberi wang kerana berdakwah. Yang membayar dakwah kita adalah Allah.

Jika tidak boleh meminta bayaran kerana berdakwah, bagaimana kita mampu berdakwah? Jawapannya adalah dengan meyakini dakwah sebagai bentuk jihad. Dengan meyakini dakwah adalah jihad, secara tidak langsung kita rela mengorbankan masa dan harta.

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).”

(SURAH 61:11)

Pendakwah perlu mempunyai dana untuk berdakwah. Dana tersebut boleh datang dari harta miliknya atau bantuan orang lain. Akan tetapi, yang harus selalu diingat bahawa dalam berdakwah kita dilarang untuk meminta upah atau bayaran.

0 comments: