Cintailah Ilahi


Rasa cinta
adalah satu anugerah tuhan Pada hambanya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicinta

Kerna cinta
sanggup berkorban apa saja Harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia
Yg tercinta Ingin bersama sepanjang masa

Benda ni selalu berpusing-pusing dalam kepala. Lepas solat, terus on lappy, nak curahkan rasa hati. Pasang lagu cari mood. Double click folder muzik. Double klik folder nasyid. Klik folder inteam. Klik play. Lagu pertama yang keluar, lagu bertajuk Cintailah Ilahi. Macam tau-tau je apa yang tengah berputar dalam kepala. Ye, cinta.
Lagu tu membuatkan aku tersenyum seorang diri. Kena batang hidung sendiri. Kenapa sibuk nak cari cinta manusia?

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan kekal setia
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti akan akan tinggalkan
Jika kau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi
Itu cinta hakiki
Cinta kekal abadi

Ye, itu cinta hakiki. Kejar cinta DIA baru kejar cinta manusia. Tetapi, manusia yang perlu dicintai selepas tuhan ialah Rasulullah. Lagu kedua yang dimainkan inteam, qudwah hasanah. Pernah dengar tak? Herm. Memang hiburan mendidik jiwa betul. Selepas cinta Ilahi, cintakan kekasihNya, Rasulullah SAW. Lepas tu, baru kedua ibu bapa. Untuk lagu yang ketiga, lagu asy-syafie. Erm, takde kaitan dengan ibu bapa. Okay, itulah kesimpulannya. Takyah serabut kepala lagi nak cari kasih sayang manusia yang tak halal untuk kita.

Allah is our first love,
and Muhammad the second,
while the family is the third.

How about the rest love?
After we finish all the first three love,
we will fill the rest love with the correct love.

How if in case you didn’t find it?
Insyaallah.
Allah is the best planners.
So we return back our love to Him.
He’s the only one, and our truly love.

0 comments: