Pernah tak
terfikir yang kita ni tak pandai, bodoh sikit, lambat pikap sikit? Pernah tak?
Pernah tak terfikir, kit abaca buku penat-penat, tapi hasil yang kita dapat,
cukup-cukup makan je. Pernah tak terfikir kalau kita dapat lebih sikit, kita
akan cakap, ala, ni nasib baik je ni.
Pernah tak?
Kadang-kadang kita rasa, macam dah banyak dah baca buku, banyak dah buat nota,
banyak dah jumpa lecturer Tanya itu ini. Buat assignment, presentation semua.
Tapi, hasilnya tak seperti yang diharapkan? Tahu tak kenapa?
Seorang
sahabat hantar mesej malam sebelum exam.
Ingat!!
Nasib hanya 1% daripada faktor kejayaan,
Lagi 99% adalah usaha & kejayaan..
Bittaufiq wanNAJAH! Buat kawan-kawan semua dan
Maafkan saya andai ada salah silap J
Mesej yang ringkas dan
padat. Jawab exam tadi, Alhamdulillah. Semua bab yang lecturer cakap keluar,
keluar. Paling memeranjatkan, soalan assignment keluar di bahagian essay. Herm,
tak tahu lah nak kata apa kan?
Malam sebelum exam
pulun sangat baca buku. Sampai boleh ulang baca-hafal banyak kali. Tapi, tak
semua dapat jawab. Kenapa? Tak baca buku ke? Setiap kali nak exam, mesti ingat
wasiat seorang ukhti ni. Jumpa masa sekolah menengah rendah dulu.
Masa nak exam, kita baca buku buat nota. Tapi, bila nak jawab exam, tiba-tiba kita lupa semua apa yang kita baca. Kenapa? Sebab kita lembab ke? Atau kurang pandai? Atau tak cukup usaha? Bukan. Sebab, kita tak minta pada Tuhan. Kita ingat dengan usaha kita sahaja boleh berjaya. Kita lupa bahawa Tuhan adalah penentu segala-galanya. Kita tak minta kat Dia sebab tu Dia bagi warning. Supaya sebelum kita buat sesuatu, jangan lupa minta kat Dia. Sebab tu, kebanyakan kita jadi blank masa exam. Last, tak dapat jawab. Sebab tu kalau boleh.. sebelum exam, kita buat solat hajat. Minta sungguh-sungguh pada Tuhan supaya apa yang dipelajari kekal diingati untuk diamalkan sampai bila-bila.
Camtula pesan ukhti
tu. Tiba-tiba teringat lagu deevotees, Setiap Kali.
Setiap kali, mendapat
nikmat
Jarang ku sedari itu
pemberianMu
Kekadang rasa itu
kerana
Segala usaha dan penat
lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa
musibah
Ku mengeluh risau
bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah
Tempat kembali segala
masalah
Oh tuhan yang maha
penyayang
Leraikanlah aku dari
keluh kesah
Yang membelenggu jiwa
dan fikiran
Ditambah dengan
hasutan syaitan
Kurniakanlah kepada ku
ketabahan
Sikapkanku hikmah
segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku
pedoman
hanya padaMu segala ketetapan

0 comments:
Post a Comment